Life
Posted Isnin, 16 Disember 2013 // 6:40 PG
'This is your life'? no this is mine :'(
Assalamualaikum I'm back, whatever lah mende dah lepas kan? dok guna untuk disesalkan kan? For what? Saat-saat macam ni hanya aku and my 'sibling' yang mampu tabahkan kedua-dua parents kami. Walaupun ia sukar untuk kami tapi kami harus sabar dan berpure-pure tabah, kalau bukan kami then siape lagi? Kesedihan ini amat memilukan bile pertame kalinye aku melihat airmate mama jatuh, ya Allah kau pindahkan keperitan itu kepada aku. :')
Okeh stop, aku dah start terfeeling. Mesti korang tertanye-tanye kan amende kesedihan ni? Macam nilah, actually tragedi (Banjir) yang aku post dalam entry lepas tu dah pun terjadi, malah lebih lagi. Tak ku sangke dan tak ku duge, air tu sekali lagi sanggup menjejakkan aliran die ke dalam rumah aku. Kalau sikit boleh dipertimbangkan lagi tapi ni ya Allah, hanye Tuhan je tahu air tu tinggi mane. Dalam rumah pun dah 'menenggelamkan' aku, ni apetah lagi kat luar kan?
Nasib menyebelahi kami dengan membuke hati ayahku untuk bertindak meninggalkan rumah. Mujur sangatlah mase tu air baru kat pusat aku dalam rumah. If aku stay lagi kat situ 'alamatnya' goodbye-bye lah liana, dok sempatlah aku nok pegang kertas slip tu.
Terlangkahnye kami keluar dari situ tanpe hala tuju, nasib unser tu terselamat kalau dok berjalan berkaki ayamlah kami. Then kami menuju kearah bandor yang penuh dengan kereta mencari hala tuju untuk pergi, mase tu banyok gile jalan tutup disebabkan 'B'.
Malam tu kami tumpang dekat balai istiqomah, walaupun hanye tikar yang menemani malam kami tapi bersyukurlah sebab masih ramai yang tidur dalam kesejukkan. That's night aku dok boleh tidur cause terlalu dan teramat memikirkan rumah then aku buat keputusan untuk take my mother's phone and online but line too busy. So just camera and cymera yang menemani aku. Banyok gile gambor aku 'punohkan'@rosakkan tapi takpelah sekadar gambar, ape kisah kan? Lebih kisah dengan barang-barang dalam rumah tu.
That's the last picture yang aku 'capcap'.
Keesokkannye, disebabkan terlalu dok selesa, kami mengambil keputusan untuk 'move on'. Dok selesa tu bukan disebabkan ketidakkeselesaan yang memang dah terletak disitu tapi disebabkan just family aku yang ade dalam balai yang sebesar rumah tu. Other families yang senasib dengan kami ni tinggal dalam surau yang agak kecil tu. That's why lah kami bergerak then jalan punye jalan sampai dok tersedar kat kijal doh , perut pun berbunyi then kami singgahlah satu kedai betul-betul depan petronas kijal.
Done makan tu, mama adelah 'usha usha' makcik tu tanye ade dok homestay terdekat. Mungkin Tuhan beri bantuan secare tidak langsung, rupe-rupenye makcik tu ade homestay belakang kedai makan die tu. Alhamdulillah cukuplah untuk kami satu family, kebetulan mase tu air takde dan mujurlah keluarge makcik tu ade perigi. Dok tahu nok kabo gane bertape bersyukurnye aku. For the first time in this year, in my memories, in my life and sepanjang hidup aku dapat mandi air perigi@telage dan mase tu jugaklah aku hampir jugok 'dimakan' perigi, kesnye sebab nok cube dapatkan air sendiri. The true aku dok pandai langsung tarik air gune bekas and tali tu, gile berat sampai sakit bahu aku. But selame lame 4 hari tinggal kat situ, akhirnye pandai jugok aku tarik atau dipanggil 'kara' air perigi tu.
Lame jugoklah aku sekeluarge stay kat situ, dekat dua minggu macam tulah. Akhirnye setelah selesai aktiviti berkemas dan membersih rumoh aku untuk dapatkan pembayang rumah tu balik berjaya. Walaupun sukar, menyedihkan dan memilukan tapi memuaskan. Walaupun banyok barang 'punoh', walaupun laptop kesayangan aku tenggelam, walaupun kerugian kebun mini kami mencecah 1milion, *cop 1milion? okeh aku tipu, dalam 5ribu lebihlah.* walaupun tv-tv, laptop-laptop, perabot-perabot 'punoh' tapi aku and family sangat dan teramat bersyukur sebab kami dok mengalami kehilangan ahli keluarge. Takziah untuk keluarge-keluarge yang mengalami ia, kami sekeluarge mendoakan agar mereka-mereka terselamat. :')
Semoge roh-roh mereka yang seagama yang terkorban dalam 'syahid' kecil ini untuk menyelamatkan diri, ditempatkan ditempat mereka-mereka yang beriman. Amin :') assalamualaikum.
.jpg)


Find my dream and enjoy it ! Welcome to my Jungkook world. Hahahaha.

.jpg&container=blogger&gadget=a&rewriteMime=image%2F*)
YOUwihs!
YOUwihs!

0 Ulasan:
Catat Ulasan
... Back to the blog?